Friday 3 June 2011

Qalbun Salim~mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

Bismillah..




Qalbun Salim?
bermaksud hati yang sejahtera..


Halawatul iman?
bermaksud kemanisan iman..


kaitan keduanya?
mereka yang mempunyai 'qalbun salim' pastinya sudah merasai 'halawatul iman'..
memandang dunia dari kaca mata akhirat.dunia terasa sangat kecil.
bersyukur dengan apa yang ada.tidak mengeluh dengan apa yang tiada.
semuanya terasa serba sempurna.benar-benar merasai diri mereka hanyalah seorang hamba..
takkan menangis lantaran kehilangan harta.kerana mereka lebih mengharap kepada syurga..
Allahu Allah.. indahnya hidup mereka!


Mencari Qalbun Salim..


misi mencari qalbun salim..
bermula dari dalam diri.
bukan sekadar kata-kata, tetapi harus punya tekad yang kuat 
di dalam hati.
carilah kekuatan jiwa itu pada sisa-sisa malam di saat orang
 lain lena dibuai mimpi.
percayalah bahawa dengan solat malam itu mampu menguatkan 
hati-hati kita.


ya..harus bermula dengan solat malam yang kerap. bukannya hanya di 
saat-saat kita terasa seperti mahu meminta sesuatu dariNya.
nah..ini cabaran untuk kita. dan untuk anda yang sedang membaca ini juga.
tambahan pula, di saat-saat sedang bercuti ini..
tapi, tiada alasan jika kita benar-benar menginginkannya bukan?




Daripada Abi Hurairah , beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah
 Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang 
meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa
 yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa
 yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, 
sehinggalah terbit fajar.” 
(Hadith riwayat Muslim).






selamat bermujahadah (kepada diri sendiri terutamanya)
moga istiqamah dalam mujahadah ini..
dan teruslah berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan kerana hanya 
Dia yang berkuasa memegang hati-hati kita..
Allahu Rabbi..bantulah hambaMu ini..

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang