Friday 3 June 2011

mencari vs menunggu hidayah jatuh dari langit


bismillahirrahmanirrahim..













 selalu dengar orang cakap..
"aku tak dapat hidayah lagi lah,macam mana nak berubah"
Aii..hidayah tu akan datang sendiri pada kamu kah??

MENANTI ATAU MENCARI

"hei..hidayah itukan milik Allah.dah Allah tak kasi kat aku,nak buat macam mana?"

Barangkali itu jawapan mEreka yang sedang menanti hidayah..
menunggu ia turun dari langit barangkali?

ya..memang hidayah itu milik Allah..
tapi adakah kita hanya mEnanti sahaja?
menutup mata dengan segala dosa-dosa yang dilumuri pada diri 
hanya kerana 'aku tidak terima hidayah lagi'.
semudah itukah?
meletakkan kesalahan pada hidayah Allah untuk terus menjadi manusia berdosa.
seakan-akan kita mahu berkata,
"tuhan,Engkau yang tidak mahu memberikan aku hidayah,sebab tu aku
 terus buat dosa!"
begitu??

kata pujangga..
hidayah itu umpama cahaya matahari..
andai kalian memilih untuk menutup tingkap,adakah cahaya
 itu mampu menerangi bilik yang kalian diami?
dan andai tingkap sudah dibuka tetapi kalian memilih untuk
 menutup mata, adakah cahaya yang masuk itu akan memberi erti?

bukalah mata..
pandanglah segalanya mengikut pandangan tuhan..
hidayah itu ada di mana-mana..
di beri kenikmatan merasai nikmat islam tanpa perlu bersusah 
payah mencarinya seharusnya kalian syukuri
tapi alangkah ruginya andai nikmat itu hanya terbiar pada nama
 sedang diri masih tidak mahu mengenal tuhannya..
masih ada ramai orang di luar sana yang masih tercari-cari nikmat 
yang satu ini
mereka mencari penuh kepayahan..bahkan bukan sedikit harga yang 
perlu dibayar dalam kembara mereka mencari tuhan
sedang kita sangat bertuah diberi peluang untuk mendengar namaNya 
sedari tangisan kita yang pertama di dunia..
mungkin kerana kita tidak pernah bersusah, maka cepat benar kita terasa bangga..
terasa islam ini sudah sempurna biarpun hanya pada nama
lalu..kita memilih untuk menyalahkan 'hidayah' bila kita berdosa..

jangan salahkan Allah bila kita jadi manusia berdosa..
kerana Dia sudah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian
dan diberi akal untuk berfikir apa yang baik dan buruk dalam kehidupan

bukan salah Allah jika seseorang itu mengatakan bahawa dia telah
 terlanjur kerana hakikatnya dialah yang memilih untuk
 melanjurkan dirinya.. setuju?
fikir-fikirkanlah,,,, sesungguhnya kita hanya menumpang 
buat seketika di dunia ini,,,

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang