Friday 3 June 2011

demi sebuah jawapan


bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..
apa khabar hati? moga masih tunduk pada kebenaran yang hakiki..
apa khabar iman? moga terus istiqamah dan bertambahlah kebaikan..

kita ini ibarat musafir di sebuah perjalanan. kita akan terus berjalan,
menuju ke sebuah destinasi ke negeri yang abadi. sungguh,perjalanan 
ini payah namun kita tak punya pilihan..diri harus dipaksa untuk terus 
berjalan biarpun kerap kali kita tersungkur. mujur ada tangan yang
 sudi membantu saat kita jatuh, memujuk saat kita hampir berputus
 asa kerana mahu atau tidak..perjalanan ini masih perlu dihabiskan.

bila saatnya kita jatuh..maka kuatkan diri kita untuk bangkit semula
 kerana itu tandanya tuhan sedang menguji kita. adakah kita ini
 insan lemah yang senang mengaku kalah atau insan istimewa
 yang dipilih tuhan untuk diuji keimanannya..

musafirnya kita ini kerana ingin mencari sebuah jawapan.
 buat bekalan ketika tiba di destinasi yang terakhir nanti.
 kerana harapan kita pastinya sama..
bila mana disoal tentang usia muda yang dihabiskan untuk
 apa,moga-moga ada jawapan yang mampu kita ucapkan.

biarlah mereka berkata apa saja..
apa yang dilakukan ini adalah kerana kita mahu berusaha..
kerana kelak kita akan ditanya di hadapan tuhan tentang usia 
mudakita ini..

ketika hari itu tiba, kita mahu memberi jawapan dan bukan
 hanya sekadar tertunduk kekesalan..

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang