Friday 3 June 2011

cinta pada kekasihMu

bismillahirrahmanirrahim..

kami mahu kongsikan video ini dengan kalian
moga-moga ada hati yang menangis mengenangkan kekerdilan diri..





matamu itu, 
hidupkanlah ia dengan kehidupan mata baginda
maka janganlah engkau melihat perkara yang haram

telingamu itu, 
hidupkanlah ia dengan kehidupan telinga baginda
maka janganlah engkau mendengar dengannya dari yang haram

janganlah engkau tuturkan dengan lidahmu 
melainkan ianya menyebabkan engkau bertemu dengan Rasulullah


jikalau nabi itu hidup di dalam hatimu, maka engkau akan membiasakan diri 
dengan sunah-sunahnya
jikalau nabi itu hidup di dalam hatimu, kamu merindukannya dengan
 berakhlak dengan akhlaknya
jikalau benar nabi itu hidup di dalam hatimu, nescaya engkau tidak 
boleh memutuskan silaturrahim yang baginda laranginya




jikalau nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan
 yang binasa daripada yang kekal dan
nescaya engkau tidak mencemarkan hatimu yang hidup dengan Rasulullah
 dengan maki hamun ataupun sikap membenci walaupun terhadap
 orang yang mencacimu dan menyakitimu..
Jikalau nabi itu hidup pada hatimu, masa itu tidak akan berlalu 
melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan
 hanya mengingati Allah Taala..

hidupkan pengertian sebegini, nescaya engkau hidup dengan 
kehidupan yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya
Sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan yang 
sebenarnya di dalam alam barzakhmu
kemudian di hari kiamat bersama Nabi Muhammad
kemudiannya di syurga Firdaus yang tertinggi!

Ya Allah..hidupkan kami dengan kehidupan kekasihMu! 

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang