Tuesday 13 December 2011

kadangkala

 bismillah..

bukankah pada setiap ciptaan itu ada tanda-tanda kasih sayangNya?















kadangkala..
kita rasa Allah tidak menghiraukan kita
Allah tidak mendengar rintihan hati kita
dan kita rasa seperti mahu meninggalkan semuanya..
mahu sendiri..

kita rasa..
hanya menduga-duga..
sedangkan itu bukanlah rasa yang sebenarnya berada di dalam hati kita..
kita yang mereka-reka
membina tembok pemisah antara kita dan Dia..

Allah tidak akan rugi apa-apa tanpa kita
mahu menjauh dariNya? 
silakan kalau yakin dengan kejauhan itu mampu
 membuatkan dirimu bahagia..

tetapi percayalah..
di akhirnya nanti yang ada hanyalah lelah..
bahagia? ahh..jauh sekali..




ada yang sedang melihat

jujurlah..
ada yang sedang melihat..



kejujuran itu..kadangkala pahit untuk diterima..
tapi sampai bila harus menipu diri sendiri?

Dia Bidadari Dunia : Al-Khansa


Bismillah..



Fitrahnya seorang wanita itu hatinya rapuh umpama kaca.
 Ya..dia juga begitu. saat mendepani kematian saudara kandungnya, 
dia menangis tanpa henti sambil melantunkan puisi-puisi meratapi 
kematian orang yang disayanginya..

dahulunya dia lemah menerima takdir kematian.
sehingga terlihat kesan pada raut wajahnya lalu ditegur Umar r.a, " 
mengapa matamu bengkak-bengkak wahai Khansa?"
jujur dia menjawab, "Kesan ini adalah hasil daripada tangisanku
 yang terlalu banyak dahulu"
"sia-sia sekali tangisanmu Khansa, mereka semua ahli neraka",sambung
 Umar
pantas Khansa membalas," Ya..dahulu aku menangisi Sakhr kerana
 kehidupannya, tetapi hari ini aku menangis kerana lebih kecewa
 dan sedih lagi kerana mereka tidak mampu aku bawa bersama ke syurga!"

tetapi itu dahulu, sebelum cahaya islam menembus jendela kehidupannya.
Islam hadir menguatkan jiwa dan hati. mengapa perlu menangis
 kerana kehidupan yang sementara.
Khansa tekad bahawa dia tidak perlu meratap lagi, islam mengajarnya
 untuk menjadi sosok yang kuat.
Dia bangkit dari kelemahan meninggalkan debu-debu jahiliyyah
 menuju cahaya islam.

Suatu hari dia terdengar perdebatan di antara putra-putranya
mereka saling berdebat tentang siapakah yang akan turut serta 
menentang tentera Persia dan siapakah yang perlu tinggal saja dirumah 
menemani bonda mereka
Dalam senyuman kasih seorang ibu, Khansa memanggil kesemua putranya
 dan berkata:

“ Wahai putra-putraku, kalian semua memeluk Islam dengan 
suka rela dan berhijrah dengan senang hati. Demi Allah yang tidak ada
 tuhan selain Dia, sesungguhnya kalian adalah keturunan dari satu ayah
 dan satu ibu. Aku tidak pernah merendahkan kehormatan dan merubah
 garis keturunan kalian.
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan akhirat jauh lebih baik daripada
 kehidupan dunia yang fana.
Putra-putraku, sabarlah, tabahlah, bertahanlah, dan bertakwalah
 kepada Allah.
Semoga kalian menjadi orang-orang yang beruntung. Jika kalian 
melihat genderang perang telah ditabuh dan apinya telah berkobar, 
maka terjunlah ke medan laga dan serbulah pusat kekuatan musuh, 
pasti kalian akan meraih kemenangan dan kemuliaan, di dalam kehidupan 
abadi dan kekal selama-lamanya.”

Khansa memanjatkan kesyukuran. putra-putranya itu benar-benar
 membanggakan dirinya. saling berebut menuju ke saf hadapan 
menentang musuh di dalam Perang Qadisiyyah. Didikannya tidak sia-sia, 
cahaya keimanan yang mangalir di dalam dirinya turut mendarah daging
 ke setiap urat nadi putra-putranya. Khansa melepaskan kesemua anaknya
 dengan rela hati demi memburu syahid, "Carilah kematian wahai anakku, 
nescaya engkau akan dianugerahi hidup yang mulia!"

berbahagialah dirimu wahai Al-Khansa
engkau ibunda para syuhada'
bukan satu..malahan Allah memilih kesemua anaknya untuk kehidupan 
yang lebih mulia di syurga..

"Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putra-putraku. 
Semoga Allah segera memanggiiku dan berkenan mempertemukan aku
 dengan putra-putraku dalam naungan Rahmat-Nya yang kokoh di surgaNya
 yang luas."

tiada lagi air mata yang menangisi kematian kerana kehidupan seperti
 zaman jahiliyyahnya dahulu
yang ada hanya air mata kegembiraan akan kesyahidan putra-putranya
Malah hatinya hiba kerana tiada lagi putra yang boleh dihantar menuju 
medan jihad..

Dialah Tumadhar binti 'Amr yang kita kenali sebagai Al-Khansa..
keteguhan hatinya  menggugah hati kami ..
kerna kami juga wanita
yang seharusnya turut membina impian seperti harumnya cita-cita
 Al-Khansa pada perjuangan islam

:)

Sunday 28 August 2011

stay strong


bismillah..

stay strong..

Hari ini dan hari-hari seterusnyapasti ada air mata dan ketawa,ada 
mudah dan payah,ada patah dan tumbuh,modal kita cuma satu,
hadapilah segalanya sebagai hamba Allah.Mengaku lemah,
 untuk diperkukuhkan-Nya,mengaku jahil untuk diberikan ilmu,
mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya.

Kita berusaha melurus segala tadbir,agar mampu menerima 
setulus segala takdir.
Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk
 hadapi yang terburuk..
[Ustaz Pahrol]

dakwah adalah cinta


Bismillah..


“ Barangsiapa menyeru kepada hidayah (petunjuk) maka ia mendapatkan 
pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi 
pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan maka 
ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa yang mengerjakannya tanpa
 mengurangi dosa mereka sedikitpun” 
[Hadith Riwayat Muslim]


Dakwah Itu...


Dakwah bukan kerja ustaz atau ustazah sahajaTapi dakwah itu milik 
semua orang yang mengaku beriman dengan sebenar-benarnya.
.Dakwah bukan untuk orang yang tidak mahu bersusah dan manja
Bukan untuk orang yang asyik memberi alasan itu ini begitu begini
Bukan untuk orang yang merungut kenapa macam tu kenapa macam ni..
Tapi dakwah untuk orang yang tidak kisah masanya tiada untuk
 berseronok macam orang lain
Sebab dia yakin benar yang masa berehat itu bukanlah di dunia 
tetapi hanya apabila dia sudah bertemu dengan tuhannya
..Tapi..Dakwah ini susah..Banyak mata yang memandang..
Banyak mulut yang bercakap.
."Eleh..nak tegur orang.diri sendiri pun teruk lagi,"
"Dia ingat tudung dia dah labuh dia bagus sangat?"
Mereka tidak tahukah yang dia itu juga hanya manusia biasa?
Mesti ada juga salah dan cacat celanya..
Pastinya..Tak semua orang sanggup nak buat dakwah
tapi semua orang yang mengimpikan syurga pasti sanggup menggalasnya!
*Saya.mahu.jadi.D.A.I.E

BRING QURAN EVERYWHERE IN UR HEART, IN UR HAND









KAWANKU..Mahukah kalian tahu tanda-tanda orang yang mencintai Allah?
Orang yang mencintai Allah itu adalah mereka yang mencintai Al-Quran.
 Jiwa sentiasa rindu untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
 Hatinya sentiasa meronta-ronta untuk mendampingi Al-Quran. Kenapa 
mesti Al-Quran yang menjadi ukuran? Kerana Al-Quran itu bicara dari Allah 
untuk kita wahai KAWANKU. Itulah yang Ibnu Masud r.a ucapkan. ukur cinta
 kita kepada Allah dengan ukuran cinta kita kepada Al-Quran!Tahukah engkau
 lagi wahai KAWANKU..Di bulan Ramadhan ini jugalah turunnya Al-Quran.maka
,jangan engkau lupakan Al-Quran itu..Baca dan amalkanlah segala isi-isinya
 kerana Allah menghadiahkan kita Al-Quran ini bukan hanya sekadar untuk 
diletakkan di atas meja melainkan ianya menjadi petunjuk dalam 
kita menelusuri kehidupan kita.Sesaknya kehidupan kita hari ini wahai KAWANKU..
Maka, Al-Quran itu adalah penawarnya. Penawar segala kesakitan dan keresahan 
yang ada di dalam dada.Itu janji yang Allah ungkapkan buat orang-orang 
yang beriman..[10:57]
Kita mahu jadi orang beriman kan?Dan ketahuilah juga wahai KAWANKU..
Al-Quran itu adalah temanmu yang paling setia..Jika kalian mencintainya, 
ia pasti membalas cinta kalian dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
tak mahukah kalian andai ada yang sudi menemani kalian di dalam kubur
 yang gelap pekat itu sedang di luar sana semua kecintaan kalian berlalu 
meninggalkan kalian keseorangan?

BRING ME TO JANNAH


bismillah..
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang 
sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan 
diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama
-sama kecintaan itu..




Love someone who will bring you straight to jannah..
And never compare your love story with those in the movies, 
because they are written by scriptwriters..
your's is written by ALLAH..




:: You love HIM..HE love u more


bismillah..



Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu..
yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan
 sakit dirimu, yang membuat 
keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu,
 pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja 
mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
 bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,.
 retaknya hatimu,.
 tapi mungkin itulah yang Allah mahukan 
kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah
 lunak dan mudah dekat dan 
akrab denganNYA...


:: You love HIM..HE love u more :: 

KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA

bismillah..






Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak
 mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
 tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan
 kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
 sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu
 kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, 
dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 
Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba'
 di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah 
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, 
maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam 
perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,
 mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka 
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak
 untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah
 wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap
 mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
 kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali 
tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah 
kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah 
di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu,
 kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa 
setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua
 adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya 
kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk
 di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
 Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
 kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan
 Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
 itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
 telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang 
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, 
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran 
dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
 menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu
 menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih 
memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU 
kepada hamba hambaMU..



Ya Rasulullah..aku mencintaimu..

masih belum TERLAMBAT~ramadhan



Bismillah..

Mari merebut piala TAQWA~!


anda mahu?

setiap saat di bulan ini penuh dengan berkah..
jangan sia-sia kannya..

walaupun dengan hanya dengan..


bersahur..

haa..kat bulan ni je ada solat terawih tau..
jadi..




pastikan anda tak lepaskan peluang ni tanpa alasan
yang munasabah ok~!

insyaAllah..^^
hadiah buat mereka yang berpuasa ikhlas kerana Allah..

tapi haruslah puasanya itu..
bukan setakat menahan lapar dan dahaga..
kerana Allah akan membalas dengan sesuatu yang tidak ternilai harganya..

dan ini..
adalah sebaik-baik ganjaran buat mereka yang berpuasa..
syurga..tak nak??

wah..bestnye!
i L.O.V.E ramadhan...^^

erk..
setakat cakap aje ke?
buktikanlah!


moga Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik daripada
yang sebelumnya..

Allahumma Ameen..:))

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang