Friday 3 June 2011

mengharap cinta abadi

bismillahirrahmanirrahim..

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan (nama) Allah maka bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada tuhanlah mereka bertawakal.”
 ( al-Anfal : 2)


MasyaAllah..
saat di sebut nama Allah, maka hati mereka bergetar
kerana apa?
kerana mereka CINTA..




"orang yang mencintai sesuatu, maka dia akan selalu menceritakan 
tentang cintanya itu"

macam orang yang sedang bercinta
dia nak sebut pasal orang yang suka tu je
walaupun kawan-kawan kat sekeliling dia dah buat muka menyampah
dia tetap buat tak kisah sambil paksa kawan-kawan dia dengar
malah dia tetap menceritakan tentang orang yang dicintainya tu..
tragik kan?

Erti Kejayaan Itu Hanyalah Apabila...

semua orang mahukan kejayaan bukan?
tapi betapa ramainya orang yang hanya menilai kejayaan pada harta
sedari kecik lagi kita sudah ditanam dengan fahaman macam ni

"dik..dah besar nanti nak jadi apa?"
"nak jadi doktor,"
"oo..baguslah. sebab apa nak jadi doktor?"
" sebab doktor ada gaji banyak,"

"nak amik cos apa ye nanti kat u?"
"amik la cos sains, nanti senang nak dapat keje"
"tapi aku minat sastera,"
"tak payah la wei..nanti ko tanam anggur je lepas gred,"

"ee..bestnya dia. anak orang kaya, boleh dapat apa je yang dia nak, mesti hidup dia gembira je kan?"
"tapi, kebahagiaan tak boleh dibeli dengan duit,"
"eh, ngko ni.. kalau takde duit boleh ke nak bahagia? masuk tandas pun sekarang dah 30 sen tau!"

pada mereka..kejayaan itu pada harta benda
bila sudah punya rumah dan kereta yang besar automatik orang akan cakap yang mereka itu orang yang berjaya
walaupun harta-harta yang mereka perolehi itu daripada cara yang salah
mereka akan tetap memejamkan mata, bagi mereka itulah kejayaan!

tapi..bagi orang yang mengtakan bahawa mereka beriman
kejayaan itu hanya ada apabila ia disandarkan sepenuhnya kepada agama
siapakah orang-orang yang berjaya?
surah Al-Ahzab ayat 71 hadir memberikan jawapan.. 

 " Dan ingatlah sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mencapai sebesar-besar kejayaan."

Allahu Allah..
sebesar-besar kejayaan?mahu apa lagi?
namun berapa ramai di antara kita yang menyedarinya?
jika sudah menyedari, berapa ramai pula yang memahaminya?

Cinta Kepada Yang Menghadirkan Cinta

cinta itu milik Allah
maka selayaknya kita mencintaiNya di tempat yang tertinggi 
di dalam hati kita
tak mungkin kita akan lebih menyayangi hadiah berbanding
 dengan si pemberi hadiah

jika kita benar-benar memahami
apakah kita mampu mendustakan segala apa yang tuhan
 hadiahkan buat kita
lalu kenapa kita mudah benar menggantikan tempat milik tuhan dengan
 sesuatu yang tidak selayaknya?
Dia yang kita sayangi itu milik tuhan, maka kecintaan kita kepadaNya 
seharusnya berkali ganda berbanding dia. kerana apa? kerana dengan
 izin tuhan lah dia hadir dalam hidup kita

membuang tuhan dari hati semata-mata untuk seseorang 
yang entah siapa-siapa
jika tuhan itu sudah tiada dalam hati, apa ertinya hidup 
melainkan menanti untuk binasa

sungguh..tuhan benar-benar menunjukkan jalan 
tanpa meninggalkan kita sedikit pun walau kadang kita tersasar 
tuhan masih memberi peluang yang bukan sedikit
meletakkan kita bersama sahabat-sahabat yang juga mencari cintaNya
Allahu Allah..nikmat manakah lagi yang mahu  didustakan?


Buat Kalian Yang Bercinta..


cinta kepada manusia itu tak bersalah
yang salah adalah cara kamu menzahirkannya
andai benar kamu cinta..
maka, pimpin eratlah tangan dia menuju syurga..

jika sebelum masanya maka belajarlah untuk melupakan
memang tak mudah tapi andai kamu benar-benar mahu meletakkan tuhan 
di hatimu, maka perlukah alasan?




percayalah..
couple adalah mukaddimah kepada dosa yang bertimpa-timpa!
nikmatnya ketika itu sahaja, tetapi azab yang maha hebat menanti kamu di sana
sedarilah, kalian bercinta kerana hati kalian kosong tanpa tuhan
jangan biarkan ia kekal begitu.. tanpa tuhan hidup kita tiada apa-apa makna!


cukup tersentuh dengan hadis qudsi ini

"Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu.
 Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. 
Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”



Allah..sangat menyayangi kita..
kitalah yang memilih untuk menjauhkan diri.. 
pulanglah..Allah sentiasa mahu menerima kita semula..:')

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang