Tuesday 31 May 2011

Nilaian untuk seorang GADIS




bismillahirrahmanirrahim..

Mengamati setiap baris ayat ini..


"Seorang gadis yang membiarkan dirinya
 dikerumuni, didekati, dan diakrabi oleh
 lelaki yang bukan mahramnya, cukuplah
 dengan itu hilang harga dirinya di hadapan
 Allah.."

Di hadapan Allah.. 

Di hadapan Allah..

*********

takutnya..
andai kita diuji untuk termasuk
 dalam kalangan mereka

Allahu Allah..
apa ertinya kehidupan andai Allah
 tidak meredhai?
tanpa manusia, kita masih akan
 kuat untuk berdiri
tapi tanpa Allah?

pesan Saidatina Aisyah kembali terngiang-
ngiang di telinga..
"Sebaik-baik perempuan adalah yang
 tidak memandang dan dipandang oleh lelaki"
Alhamdulillah,, pada beberapa detik yang
 Allah izinkan ini dapat dikongsikan beberapa
 post yang sekelian lama telah disimpan untuk
 perkongsian bersama. Alhamdulillah. kekangan 
masa menjadikan segalanya tertangguh tapi
 InsyaAllah dengan izinNya pasti diberi ruang
 untuk perkongsian ilmuNya. Mungkin ini
 yang terakhir untuk hari ini. InsyaAllah
 perkongsian kita akan diteruskan atas
 izin Nya pada hari-hari yang mendatang.
InyaAllah.Ameen~ 

Indahnya Kisah Saidina Ali & Saidatina Fatimah..:)


 Bismillah..
meneladani kisah cinta mereka..:)
gambar ni kelihatan sangat membahagiakan kan?


Saidina Ali & Saidatina Fatimah
Dipendamkan di dalam hatinya, yang
 tidak diceritakan kepada sesiapa
 tentang perasaan hatinya. Tertarik
 dirinya seorang gadis, yang punya
 peribadi tinggi, paras yang cantik, 
kecekalan yang kuat, apatah lagi
 ibadahnya, hasil didikan ayahnya
 yang dicintai oleh umat manusia,
 yakni Rasulullah S.A.W. Itulah
Fatimah Az-Zahrah, puteri
 kesayangan Nabi Muhammad,
 serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya
 apa-apa, untuk meminang
 puteri Rasulullah. Hanya usaha
 dengan bekerja supaya dapat 
merealisasikan cintanya. Itulah Ali,
 sepupu baginda sendiri. Sehingga
 beliau tersentap, mendengar
 perkhabaran bahawa sahabat mulia
 nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar 
Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu 
batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana 
merasa apalah dia dibanding
 Abu Bakar. Kedudukan di sisi 
Nabi? Abu Bakar lebih utama,
 mungkin dia bukan kerabat
 dekat Nabi seperti ’Ali,
 namun keimanan dan
 pembelaannya pada Allah dan 
RasulNya tak tertandingi.



 Lihatlah bagaimana Abu Bakar
 menjadi kawan perjalanan Nabi
 dalam hijrah sementara ’Ali
 bertugas menggantikan beliau
untuk menanti maut di ranjangnya.
Lihatlah juga bagaimana 
Abu Bakar berda’wah.
 Lihatlah berapa banyak
 tokoh bangsawan dan saudagar
 Makkah yang masuk Islam karena
 sentuhan Abu Bakar; ’Utsman,
’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah,
 Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash,
Mush’ab. Ini yang tak mungkin
 dilakukan kanak-kanak kurang
 pergaulan seperti ’Ali.



Lihatlah berapa banyak budak
 muslim yang dibebaskan dan
 para faqir yang dibela Abu Bakar;
 Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’
Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa
 budak yang dibebaskan ’Ali?Dari
segi kewangan, Abu Bakar sang
saudagar, insyaallah lebih
 bisa membahagiakan Fatimah.’
Ali hanya pemuda miskin 
dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, 
gumam ’Ali.

”Aku mengutamakan Abu Bakar 
atas  diriku, aku mengutamakan 
kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
Namun, sinar masih ada buatnya.


Perkhabaran diterima bahawa
 pinangan Abu Bakar ditolak baik
oleh Nabi. Ini menaikkan semangat
 beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian
 itu bukan setakat disitu, kali ini
 perkhabaran lain diterima
 olehnya. Umar Al-Khatab, seorang
 sahabat gagah perkasa,
 menggerunkan  musuh islam, 
dan dia pula  cuba meminang Fatimah.



 Seorang lelaki yang terang-terangan
 mengisytiharkan keislamannya,
 yang nyata membuatkan muslimin
 dan muslimat ketika itu yang dilanda
 ketakutan oleh tentangan kafir quraisy 
mula berani mendongak muka, 
seorang lelaki yang membuatkan
 syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah
 kebenaran dan kebathilan
 itu juga datang melamar Fatimah.
Ali mendengar sendiri betapa 
seringnya Nabi berkata, ”Aku datang 
bersama Abu Bakar dan ’Umar,
 aku keluar bersama Abu Bakar
 dan ’Umar, aku masuk bersama
 Abu Bakar dan ’Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya
 di sisi Rasul, di sisi ayah 
Fatimah. Ali redha kerana dia
 tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi,
sekali lagi peluang terbuka, 
tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa
 pinangan Umar juga ditolak.
 Bagaimanakah sebenarnya
 menantu pilihan nabi, sedangkan
dua sahabat baginda turut 
ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-
Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab
 r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama
-sama Rasul Allah s.a.w. duduk  dalam 
masjid. Pada kesempatan itu 
diperbincangkan antara lain
 persoalan puteri Rasul Allah 
s.a.w. Saat itu baginda bertanya
 kepada Abu Bakar As-Shiddiq
 r.a “Apakah engkau bersedia
 menyampaikan persoalan
 Fatimah itu kepada Ali bin Abi
 Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq 
menyatakan kesediaanya.

 Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a.
 Sewaktu Ali r.a. melihat
 datangnya Abu Bakar As-Shiddiq
 r.a. dgn tergopoh-gopoh dan 
terperanjat ia menyambutnya
 kemudian bertanya:
 “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak 
Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera
 menjelaskan persoalannya: “Hai Ali
engkau adalah orang pertama
 yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
 serta mempunyai keutamaan 
 lebih dibanding dengan orang lain.
 Semua sifat utama ada pada dirimu.



Demikian pula engkau adalah kerabat 
Rasul Allah s.a.w. 
Beberapa orang sahabat terkemuka 
telah menyampaikan lamaran
 kepada baginda untuk mempersunting 
puteri beliau.

Lamaran itu telah beliau semua tolak.
Beliau mengemukakan bahawa persoalan
 puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t.
 Akan tetapi hai Ali apa sebab 
hingga sekarang engkau belum
pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu
dan mengapa engkau tidak melamar
 untuk dirimu sendiri?

Kuharap semoga Allah dan RasulNya
akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a.
mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi
 kata-kata itu, Ali r.a. berkata:
“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku
 bergoncang yang semulanya tenang. Anda
 telah mengingatkan sesuatu 
yang sudah kulupakan.
Demi Allah aku memang 
menghendaki Fatimah tetapi 
yang menjadi penghalang satu-satunya
 bagiku  ialah kerana aku tidak
mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar 
jawapan Ali itu. 
Untuk membesarkan dan menguatkan
 hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a.
 berkata: “Hai Ali,
 janganlah engkau berkata seperti itu.
 Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan 
seisinya ini hanyalah ibarat debu 
bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya
 Abu Bakar r.a. berhasil mendorong
keberanian Imam Ali r.a. untuk 
melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian 
Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul
Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada
di tempat kediaman Ummu Salmah.
Mendengar pintu diketuk orang,
Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
 “Siapakah yg mengetuk pintu?”
Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah
dan bukakan pintu baginya. 
Dia orang yang dicintai Allah dan 
RasulNya dan ia pun mencintai Allah
dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu
belum memuaskan Ummu Salmah r.a.
Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” 
jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat 
bahawa Ummu Salmah di kemudian hari
mengisahkan pengalamannya sendiri 
mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. 
kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu:
“Aku berdiri cepat-cepat menuju
ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk.
 Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. 
Aku lalu kembali ke tempat semula.
Ia masuk kemudian mengucapkan salam 
dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w.
 Ia dipersilakan duduk di depan beliau.
Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala 
seolah-olah mempunyai maksud 
tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata:

“Hai Ali nampaknya engkau mempunyai
suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada 
dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau 
perlukan akan kau peroleh dariku!” 
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. 
yang demikian itu lahirlah keberanian
 Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
 “Maafkanlah ya Rasul Allah.
Anda tentu ingat bahawa anda telah 
mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib
dan makcikmu Fatimah binti Asad 
di kala aku masih kanak-kanak 
dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat 
kepadaku melalui anda juga.

Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku 
bernaung dan anda jugalah yang
menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. 
Setelah Allah membesarkan diriku dan 
sekarang menjadi dewasa aku ingin 
berumah tangga; 
hidup bersama seorang isteri.
Sekarang aku datang menghadap 
untuk melamar puteri anda Fatimah.
Ya Rasul Allah apakah anda berkenan 
menyetujui dan menikahkan diriku dengan 
Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya:
 “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah 
nampak berseri-seri.
 Sambil tersenyum beliau berkata
kepada Ali bin Abi Thalib:
 “Hai Ali apakah engkau mempunyai
 suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib 
dengan terus terang 
“Anda sendiri mengetahui bagaimana 
keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku
yg tidak anda ketahui. 
Aku tidak mempunyai apa-apa selain
sebuah baju besi sebilah pedang 
dan seekor unta. 
”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah 
s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib 
“engkau tetap memerlukannya untuk 
perjuangan di jalan Allah.
Dan untamu itu engkau juga perlu buat 
keperluan mengambil air bagi keluargamu 
dan juga engkau memerlukannya dalam 
perjalanan jauh. 
Oleh kerana itu aku hendak menikahkan 
engkau hanya atas dasar mas kahwin
 sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. 
Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah
 ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu
 menikahkan engkau di langit sebelum aku 
menikahkan engkau di bumi!”


Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
 Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira 
dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. 
mengucapkan kata-kata ijab kabul
 pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t.
 memerintahkan aku supaya menikahkan engkau
 Fatimah atas dasar 
mas kahwin 400 dirham.
 Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin
 Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

 Inilah jalan cinta para pejuang.
 Jalan yang mempertemukan cinta dan semua 
perasaan dengan tanggungjawab.
 Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.

Atau mengambil kesempatan.

Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah
 keberanian.Dan ternyata tak kurang juga yang 
dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu 
riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah
 berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena 
sebelum menikah denganmu.
 Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada
 seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata,
 “Jikalau begitu, mengapakah 
engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah
 pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana
 pemuda itu adalah Dirimu..”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang