Thursday 2 June 2011

kenape susah sangat nak memaafkan???

bismillahirrahmanirrahim..

 mengutip bait-bait ayat di dalam buku itu.. renungan buat diri kita semua...

sila baca..buku ni sangat best~

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci..

Wahai diri..ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.
 Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata..maka, Allah sedang mendidikmu 

dengan sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘asbab’, lihatlah dengan 
mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau di sakiti oleh dia,
 maka Allah sedang mengajarmu erti redha.

Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenangkan 
perbuatan mereka.Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana 
kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu. Sedarilah,  yang tercabar bukan harga dirimu
 tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Jangan bimbang jika tidak dihargai
 tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri kita
 sendiri. Namun, ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Wahai diriku..

Mulakan langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan
 orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun, terlalu sukar rasanya 
untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar dari meminta maaf. Masih terasa tusukan
 rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terbayang segala tingkah dan
 perlakuan. Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf
 kepada mereka seolah-olah menggadaikan maruah diri. Ahh..apakah maruah ini
 terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?

Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ yang melantunkan suara ego dan marah.
 Kesat dan kesumat. Tetapi jauh di dalam diri..ada suara lain yang tidak
 jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang
 jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan.. lupakan…
 berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. 
Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Bermusuh dengan 
orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,
 sama seperti memaafkan diri sendiri.  Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala.
 Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang ‘baqa’..

Lagipun.siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Hidup ini terlalu singkat
 untuk membenci..

[Ustaz Pahrol Mohd Juoi]


Tak Mudah..

Sungguh, hidup terasa payah andai masih ada sisa-sisa dendam yang tersemat di hati. 
Benci! Hanya dengan mendengar apa saja yang berkaitan dengan nya mampu 
membuatkan tangan dikepal menahan marah. Andai terpandang nama nya saja
 seakan-akan ada api marah yang seakan-akan mahu melonjak keluar dari dalam
 dada. Belum lagi melihat susuk tubuh si empunya diri, mahu saja dirodok dengan
 penyapu sehingga longlai.

Tapi.. selepas itu apa? Hati puaskah? Kemudian? Ah..takkan ada penghabisan
 melainkan kebencian yang akan terus menerus membakar diri sehingga diri juga
\ turut tersungkur dalam api yang diciptakan sendiri..

Wahai diri.. dendam dan benci itu tidak akan berada pada jiwa seorang mukmin
 yang sejati. Andai engkau masih tidak memahami, ulangi lagi membaca pesan
 yang baru kau tulis tadi..


No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang