Friday 3 June 2011

tentang kekasih Allah



Anas ibnu Malik r.a mEriwayatkan:

“Rasullullah saw memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu 
tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik. Rambut beliau 
tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus tergerai. Warna kulit beliau coklat.
 Ketika berjalan,tubuh beliau tegap.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

“Panjang rambut Rasullullah saw sampai ke setengah telinga beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasai dan Ahmad)

“Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut
 Rasullullah.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

“Cincin Rasullullah saw terbuat dari perak. Sedangkan mata cincin beliau 
adalah batu hitam Habsyi.”

(Riwayat Timizi, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

“Rasullullah saw mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.”

(Riwayat Tirmizi , Nasa’I dan Abu Syaikh)

Al-Bara’ ibn Azib r.a meriwayatkan:

“Postur tubuh Rasullullah sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian 
badan di antara kedua belakangnya lebar. Rambut beliau lebat, hujungnya 
menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna
 merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Jabir ibn Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat Rasullullah saw pada sebuah malam yang terang-benderang
oleh cahaya bulan. Beliau mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap
 beliau dan memandang bulan. Sungguh,menurutku, beliau lebih indah daripada bulan.”

(Riwayat Tirmizi, Darimi, Abu Syaikh, Hakim dan Thabrani)

Abu Hurairah mEriwayatkan:

“(kulit) Rasullullah itu putih bersih seolah-olah beliau tercipta dari perak. 
Beliau juga memiliki rambut yang indah dan rapi.”

(Riwayat Tirmizi)

Ibrahim bin Muhammad meriwayatkan:

“Jika Ali bin Abi Thalib r.a menggambarkan karekter fizikal Rasullullah saw.
—kemudian Ibrahim menyebutkan sebuah hadis yang panjang—ia berkata, 
‘Di antara kedua belakang beliau ada tanda kenabian, dan beliau adalah
 penutup para nabi.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Sa’d dan Baihaqi)

Jabir bin Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat tanda kenabian di antara kedua belakang Rasullullah saw, 
iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

Saidatina Aisyah meriwayatkan:

“Rasullullah suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, 
menyisir rambut dan menggunakan sandal.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’I, ibn Majah dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan:

“Sebelum tidur Rasullullah saw (suka) memakai celak dengan menggunakan
 batu celak (al-itsmid), sebanyak tiga kali di tiap-tiap mata beliau.”

(Riwayat Tirmizi)

“Sandal Rasullullah saw menggunakan qibal yang tiap-tiap talinya terbahagi dua.”

(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Ummu Salamah mEriwayatkan:

“Pakaian yang paling disukai Rasullullah ialah pakaian gamis.”

(Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud)

Abdullah bin Harits r.a mEriwayatkan:

“Saya tidak penah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum selain 
daripada Rasullullah saw.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

"Tawa Rasullullah saw adalah senyuman."

(Riwayat Tirmizi)



mengetahui bEtapa sEderhana nya kEhidupan baginda, dan betapa 
baginda sangat mErendah diri walaupun bErstatus Kekasih Allah 
mEmang mEnjadikan baginda manusia agung yang tiada tolok bandingnya..

cukuplah mEnjadikan artis-artis yang ntah apa-apa itu sEbagai idola..

baginda Nabi Muhammad saw adalah contoh tErbaik..buat diri..buat 











"Katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku. 
nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu,Allah Maha pengampun,

 Maha Penyayang."

(Ali imran:31)



No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang