Tuesday 31 May 2011

Ya Allah,kenapa susah sangat?


bismillahirrahmanirrahim..




kata orang, kita akan sanggup melakukan apa sahaja
 untuk apa yang kita cinta. hatta, kita terpaksa
 mengorbankan nyawa kita sekalipun. orang bercinta,
 hati resah jika lama tak berjumpa.
andai ada surat yang dikirim, pasti akan diulang baca
 berkali-kali tanpa jemu. takkan tergamak melukakan
hati orang yang dicintai walaupun hati sendiri terluka..

oh,kan bagus kalau perasaan itu begitu ada dalam
 diri setiap dari kita untuk Allah. pasti kita akan
ringan sahaja untuk melakukan perintahnya. tak
 perlu disuruh..kita pasti sanggup melakukan apa saja..
demi DIA yang kita cinta itu.

tapi kenapa sukar sangat nak menghadirkan perasaan
 itu ye? solat sudah cukup.. puasa pun cukup..baca
 Al-quran pun hari-hari.. sedekah itu pasti setiap
 kali melihat ada orang yang kesusahan..yang sunat
 juga selalu kita laksanakan..
apa lagi yang kurang? kenapa cinta itu terasa begitu
 susah untuk lekat di dalam hati ini??

KITA HANYA BERI SISA-SISA




kita kata yang kita sudah solat cukup lima waktu
tapi kita tak sedar yang kita solat sekadar nak
 mencukupkan lima waktu saja
kita tak memahami apa yang kita baca, jauh sekali untuk menghayatinya
kita hanya beri sisa-sisa..
waktu solat kita hanya dihujung-hujung
cukup rakaatnya..maka kita kira tanggungjawab
solat itu sudah sempurna kita lakukan..

kita kata yang kita cukup puasa
tapi kita lupa yang banyak juga hari puasa kita yang
 mungkin hanya setakat dapat lapar dan dahaga
kita masih mencaci maki, hati kita masih penuh dengan
 hasad dengki
bila tiba waktu berbuka, kita kira tanggungjawab
 puasa kita hari itu sudah selesai
kita hanya beri sisa-sisa..
puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga
sedang kita tahu bahawa puasa itu seharusnya
 lebih daripada itu
bukan setakat tak makan dan minum tetapi mendidik
 hati kita untuk lebih tunduk kepada Yang Maha
Mencipta.. tapi kita tak kisah, asalkan tak makan
 dan minum..kira selesai lah tu


kita kata yang kita juga selalu bersedekah
tapi  kita tak sedar yang kita sedekah juga hanya
 yang sisa-sisa
kita beri lebihan duit yang ada di tangan kita, bukan
 duit kertas yang masih ada dalam dompet kita
bila bersedekah kita hanya beri duit kertas biru atau
 syiling yang kita campak dalam beg kita, jarang
 sekali kita sanggup pergi keluarkan duit kat bank
 semata-mata nak bersedekah berbanding dari kita
 sanggup beratur panjang kat mesin atm untuk guna
pergi shopping kat jusco
kita memberi hanya lebihan duit yang kita ada,
lalu kita merasa yang kita sudah bersedekah
 sebanyak-banyaknya..

kita kata yang kita baca Al-Quran hari-hari
tapi kita langsung tak faham apa yang kita baca
kita baca laju-laju sebab nak cepat khatam,
kita tak cuba pun nak baca terjemahannya
yang kita tahu, satu bulan dalam bulan ramadhan
 kita mesti nak khatam
lalu kita rasa yang kita dah cukup akrab dengan
Al-Quran di akhir bulan ramadhan tu

kita kata yang kita selalu dah buat amalan sunat
tapi kita juga hanya memberi yang sisa-sisa
kita hanya puasa sunat bila duit belanja kita dah
 nak habis atau kita rasa berat badan kita semakin
 bertambah dan kita nak diet
kita hanya rajin nak buat solat sunat bila result
exam kita semakin hampir
kita hanya lamakan sujud kita untuk berdoa bila
esok ada final exam atau kita macam terasa nak
minta macam-macam kat Allah

Lalu, adakah cinta Allah buat kita?





kita hanya memberi sisa-sisa kepada Allah
sedangkan dengan manusia yang kita cinta itu pun

 kita tak tergamak membeli barang yang dijual di pasar
 malam. kerana apa? kerana kita tahu, untuk
 membuatkan cinta itu berbalas kita harus memberi
 yang terbaik dari diri kita..hadiah yang diberi harus
terbaik, jika tidak mampu membeli hadiah yang mahal
 sekalipun pasti kita akan kita bungkus elok-elok
 dengan kertas warna yang masih baru dan
 bukannya lebihan daripada kertas warna yang
 sudah kita gunting atau koyakkan..

itu nisbah untuk cinta manusia
tapi untuk Allah? untuk membuatkan cinta itu
bercambah di dalam hati kita adakah nilaiannya
lebih murah lagi dari nilaian kita untuk manusia?
kita mengharapkan cintaNya..
tapi kita hanya sanggup beri yang sisa-sisa..

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang