Tuesday 31 May 2011

Rasa Kurniaan Ilahi



bismillah..

Alhamdulillah..
segala puji-pujian hanya selayaknya 
milik Allah..
Tuhan Yang Maha Mengetahui 
apa yang terbaik buat hamba
-hambaNya..

Allahu Allah..
seakan terasa kasih sayangNya
 yang mengalir memenuhi seluruh
 urat nadi
walaupun terasa diri ini hakikatnya
 tidak layak langsung untuk berada di pandanganNya dek dosa-dosa yang menggunung tinggi..

merenungi kembali cerita-cerita
 semalam
masyaAllah..alangkah indahnya 
aturan tuhan buat mereka yang benar-benar mahu mencariNya
usaha diri terlalu sedikit,sebesar 
zarah pun tidak mampu menandingi  
tetapi kerana kasih sayangNya itulah membuatkan kita punya RASA itu
 hari ini..
sungguh janjiNya benar
datanglah padaNya selangkah, 
beribu langkah Dia mendekat pada kita..
tak jemu  mengulanginya
kerana hadis qudsi itu terasa
 terlalu dekat di hati ini
maka kami tidak lekang 
mengulanginya kepada sahabat
-sahabat yang merasakan bahawa
 mereka tidak kuat untuk 
memulakan langkah pertama..
ayuh, mulakan langkahmu itu
 walaupun ia terasa sangat sedikit menujuNya..
dan percayalah..
satu hari nanti bilamana
 engkau sudah menemukan 
RASA itu
engkau hanya akan mampu
 menangis mengenangkan betapa 
besarnya kasih sayang Dia
 pada dirimu..






 Dari Umar bin al Khattab RA berkata:
“Bahwa beliau datang menghadap 
Rasulullah SAW dengan membawa 
beberapa orang tawanan. Di antara 
para tawanan itu terlihat seorang
 wanita sedang mencari-cari, lalu
 ketika ia mendapatkan seorang
 anak di antara tawanan tersebut,
 dia langsung mengambil anak itu
 lalu memeluknya ke perut untuk 
disusui. Lalu Rasulullah SAW
 berkata kepada kami: 
Bagaimana pendapat kamu 
sekalian, apakah wanita ini
 akan melemparkan anaknya
 ke dalam api? 
Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH,
 sedangkan dia mampu untuk
 tidak melemparnya. 
Rasulullah SAW bersabda:
 Sesungguhnya ALLAH lebih 
mengasihi hamba-NYA daripada
 wanita ini terhadap anaknya.” 

( Hadis Sahih riwayat Muslim no.4947 )

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang