Friday 18 March 2011

Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita telah memberikan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim dan berpesan, "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."
Setelah kambing itu disembelih, Luqman mengirimkan kepada wanita tersebut HATI dan LIDAH kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi memberikan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.
Namun pada kali ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, sebaliknya dia meminta bahagian terbaik daripada kambing itu. Setelah kambing tersebut disembelih, Luqman tetap mengirimkan HATI dan LIDAH kepada wanita itu.
"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian terburuk? Dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesan bahagian terbaik daripadanya?" Tanya wanita tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab,
"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."
Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Luqman al-Hakim.
HATI dan LIDAH itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas, dan di antara kedua-dua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhah yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhah, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI..."

1 comment:

  1. ingatlah,HATI umpama RAJA dalam diri..
    BALA TENTERAnya pula ialah anggota badan yg lain,
    maka..perELOKkan lah RAJAmu,moga2 bala tenteranya yg lain turut merasa keBAIKkannya..

    jagalah HATI :)
    kuatkn benteng keimanan di situ~

    dan seseungguhnya,LIDAH adalah benda yg PALING TAJAM di dunia daripada mata PEDANG!
    maka,
    jagalah lidahmu,
    berkata2 lah apabila perlu,
    jika tidak,maka DIAMlah..

    sabda Rasulullah,
    sampaiknlah ilmu walau sepotong ayat..
    moga kehidupan kita ni,LIDAH dpt digunakn utk perkara2 yg m'bwa kebaikan,
    insyaAllah..

    moga bermanfaat (^^,)

    ReplyDelete

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang