Monday 14 March 2011

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Sebab-sebab hati tidak bahagia adalah kerana adanya mazmumah di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia itu ialah;

1. PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan tentunya hati tidak tenang.
2. PENDENDAM - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecilan.
3. HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.
4. BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain daripada dirinya.
5. TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...semakin diminum semakin dahaga.
6. TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal yang lebih besar. Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman?
7. EGO - Ibu segala mazmumah. Ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
8. RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.
9. CINTA DUNIA - Tidak dapat menderita...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya..

Sekadar perkongsian buat sang pencinta ilmu yang tidak pernah jemu......
juga peringatan buat yang terkesan...
yang penting sekali,
sebagai motovasi kepada diri ini....
untuk sentiasa memperbaiki diri......

1 comment:

  1. kerendahan hati akan mencetuskan KEHARMONIAN..
    kerendahan hati akan membungakan rasa RENDAH DIRI..
    sekaligus,kerendahan hati mengundang rasa senang org lain terhadap kita..
    insyaAllah..

    (Ar-Rad-13)
    "dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang"

    moga berbahagia wahai HATI :)

    ReplyDelete

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang