Sunday, 5 June 2011

saat kita bersyukur

بسم الله الرحمن الرحيم



---


Selalunya, bila kita dapat sesuatu yang baik, kita gembira sangat. Sampai kadang-kadang kita terlupa, di sana, ada satu kuasa yang memberikan kebaikan tersebut kepada kita sebagai rahmat dan rezeki. Kita lupa nak rasa bersyukur.

Tapi selalunya jugak, bila musibah menimpa, bila kesempitan melanda, boleh jadi kita menyalahkan takdir kerana susahnya hidup. Segala yang baik, tidak dikenang, tapi yang kurang baik la yang diungkit. (Nau'zubillah hi min zalik).


Mungkinkah kerana kita tak 'setting'kan tujuan hidup kita kerana Allah ia jadi begitu?



Teringat pula kata-kata seorang ustaz, saat kita meletakkan seluruh kehidupan kita pada Allah, segalanya akan dipermudahkan. Yang susah menjadi mudah, yang mudah dipermudahkan.



Bukankah dia yang menciptakan kita? Yang mengetahui segala baik dan buruknya buat kita? Yang telah menetapkan segala rezeki, jodoh, ketentuan kita?



Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mengerti bagaimana hendak rasa bersyukur. Dan jauhkanlah hambu-Mu ini daripada mengkufuri-Mu.


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." [Ibrahim, 14 : 7]

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang