Friday, 3 June 2011

bukan hanya kerana syurga

"Apabila seorang hamba beribadah pada Allah kerana ingin 
mendapat balasan dan menjauhi maksiat kerana takut akan mendapat seksa,
 itu tidak lain tidak bukan cara golongan ibadah para peniaga.
 Sebabnya, dia masih mengambil kira akan untung dan rugi.
 Apabila seorang hamba beribadah kerana takut akan seksaan-Nya,
 maka tidak lain adalah cara ibadah para hamba. 
Dan, ada segolongan kecil hamba yang beribadah kerana cinta suci
 pada-Nya, itulah ibadah mukmin sejati.."

~ Saidina Ali b Abi Talib


kita beribadah..bukan kerana kita terpaksa
kita mengikut semua perintahnya..bukan kerana kita sekadar mahukan syurga
kita tinggalkan larangannya..bukan hanya kerana kita takutkan neraka
tapi..
kita sanggup lakukan semuanya kerana kita cintakan DIA
mana mungkin kita tak cinta..
pada namaNya yang kedengaran kali pertama saat kita menjejak ke dunia
pada setiap hembusan nafas yang berlalu dengan izinNya
pada setiap nikmat yang DIA beri tanpa kita minta
pada setiap hati yang DIA sangat mengatahui apa yang tersembunyi di dalamnya
mana mungkin kita tak cinta..

cinta kita mungkin tak sehebat cinta Rabi'ah Adawiyah
tapi tak mahukah kita cuba meneladaninya?

sungguh..bila kita punya Allah.. kita ada segala-galanya..:')

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang