Sunday, 28 August 2011

KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA

bismillah..






Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak
 mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
 tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan
 kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
 sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu
 kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, 
dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 
Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba'
 di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah 
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, 
maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam 
perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,
 mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka 
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak
 untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah
 wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap
 mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
 kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali 
tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah 
kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah 
di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu,
 kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa 
setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua
 adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya 
kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk
 di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
 Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
 kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan
 Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
 itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
 telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang 
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, 
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran 
dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
 menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu
 menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih 
memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU 
kepada hamba hambaMU..



Ya Rasulullah..aku mencintaimu..

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang