Pernah tak, ada satu ketika tu kita
terasa sesuatu yang tak mampu
kita ucap dengan kata-kata?
Kita terasa sunyi walaupun di
sekeliling kita ada ramai orang
bergelak ketawa..
lalu, kita paksa kaki kita berjalan
Berjalan..berjalan..berjalan..
dan kita berhenti di satu tempat
yang tiada orang
di mana di situ hanya ada langit,
pokok dan burung-burung yang
terbang di awan..
bila kita bukak Al-Quran dan
baca satu persatu ayatNya, hati
kita seakan terpujuk dengan
semua kelelahan yang kita
pendamkan
Maha Suci Allah Yang Mengetahui
segala isi hati manusia..
Hidup Itu Perjuangan..
Percayalah..
bahawa hidup ini adalah satu
medan perjuangan
buat menguji siapa di antara kita
yang terbaik amalnya..
kerana itulah, setiap apa sahaja
yang telah Allah takdirkan buat
kitapasti ada pengajaran yang
Allah mahu kita ambil darinya

tak kira ianya kedukaan atau
kegembiraanpasti di sebaliknya
ada 'sesuatu' yang Allah mahu
kita lihat dengan pandangan
mata hati biar kita miskin harta,
tapi jangan kita miskin jiwa!
indahnya tarbiyyah dari Allah
buat mereka yang benar-benar
melihatnya dengan mata yang
ada di dalam jiwa
biarpun sakit, dianggapnya
sebagai ubat yang mampu
menyembuhkan
biarpun pahit, dianggapnya
sebagai nikmat yang
menggembirakanitulah akhlak
mukmin sejati..
yang datang dari Allah itu
segalanya baik
segalanya indah.. kerana hati
sangat yakin bahawa itulah
didikan dari Allah
agar hati tetap kuat biarpun
diasak dengan segala macam
ujian..
hati mereka damai dengan
janjinya, bahawa Allah tidak
akan memberati hambaNya
dengan sesuatu yang tidak
terdaya oleh hambaNya
Maha Suci Allah Yang Mengasihi
seluruh ciptaanNya..
Mintalah dengan Allah..
agar cinta kita pada jalan ini
terus mekar mewangi
jalan orang yang bertemu
kerana mahu memburu cinta
Nya jalan orang yang saling
mengingati kerana
mengharap akan redhoNya
benar..jalan ini tak mudah..
kerana hati ini terlalu mudah
berbolak-balik
kadang perlakuan diri tak seiring
dengan bicara
tapi yakinlah bahawa Allah
akan menilai setiap usaha
dan Allah takkan pernah
menghampakan harapan
hambaNya
Maha Suci Allah Yang Maha
Pengasih Dan Penyayang..
Teruslah berbaik sangka dengan
Allah..
Di situ ada ketenangan..
Di situ ada kebahagiaan..
No comments:
Post a Comment